Tiada catatan.
Tiada catatan.

Selamat Datang Ke KBshop

PERFUME FOR ALL telah ditubuhkan atas pada awal tahun 2006. Ianya bermula apabila kami mendapati ramai pengguna di luar sana yang ingin menggunakan minyak wangi berjenama terkemuka tetapi sering terhalang akibat harganya yang terlalu tinggi. Jika mereka membeli sekalipun, pilihan yang dibuat terlalu berhati-hati kerana bukan sedikit wang yang akan dilaburkan. Untuk membeli minyak wangi tiruan pula, kualitinya pula tidak standing dengan yang asli. Maka, atas dasar inilah Perfume For All ditubuhkan – satu jenama yang mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kedudukan dan status kewangan. Salah satu sebab mengapa pati haruman Perfume For All menjadi pilihan adalah kerana baunya yang kekal lama, produk yang berkualiti dan harganya yang berbaloi serta mampu dimiliki. Kami menjual pati haruman semata-mata tanpa campuran sebarang unsur-unsur lain seperti alkhohol, minyak putih mahupun aqua yang akan menyebabkan baunya berubah setelah dipakai beberapa ketika. Jadi, apa yang pelanggan kami terima adalah semata-mata pati pekatan haruman yang mampu bertahan sehingga sehari jika diletakkan di nadi dan sehingga 3 hari jika disapu di pakaian. Selain dari itu, kami juga mempunyai ratusan jenama terkenal di pasaran dalam rangkaian haruman kami dan ini memberikan pilihan yang lebih banyak untuk pelanggan kami. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kini, perbelanjaan harian harus diambil kira agar tidak membazir dan salah satu cara untuk berjimat adalah dengan mengurangkan perbelanjaan-perbelanjaan sampingan seperti rangkaian haruman diri ini. Dengan mendapatkan pati haruman Perfume For All, anda bukan sahaja berjimat malah masih boleh berbau wangi mengikut selera anda. Sesuai dengan motto kami, ~ Kini semua boleh berbau wangi..~ .


PENGHANTARAN

Maklumat Penghantaran Semua barangan akan di hantar selepas pembayaran telah dijelaskan. Kami membuat penghantaran menggunakan PosLaju (Pos Malaysia).Penghantaran tempahan adalah ada setiap hari Isnin & Khamis. Semua tempahan & pembayaran mesti dibuat sebelum hari Ahad pukul 5 pm (untuk penghantaran hari Isnin) dan sebelum hari Rabu pukul 5 pm (untuk penghantaran hari Khamis).Tempoh jangka masa penghantaran bergantung kepada lokasi penghantaran. Untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, proses penghantaran adalah 1 hari waktu bekerja. Bagi negeri Sabah, Sarawak & kawasan pendalaman di Malaysia, proses penghantaran biasanya mengambil masa 2-3 hari. Untuk penghantaran antarabangsa. tempoh penghantaran selalunya mengambil masa 2-5 hari bekerja. Kos Penghantaran Kos penghantaran dikira berdasarkan berat bungkusan, isi kandungannya dan alamat lokasi penghantaran.Semenanjung Malaysia: RM 6.00 untuk 500 grams pertama & tambahan RM 4.00 untuk setiap 500 grams berikutnyaSabah/ Sarawak: RM 10.00 untuk 500 grams pertama & tambahan RM 5.00 untuk setiap 500 grams berikutnyaLuar Malaysia: Kos penghantaran bergantung kepada destinasi sesebuah negara.

atau boleh berjumpa kami di Kota Bharu

SOALAN YANG SERING DTANYA MENGENAI PERFUME
FOR ALL.....

Apa sebenarnya pati haruman Perfume For All?

Pati haruman Perfume For All adalah pati wangian yang terdiri dari ratusan jenama pewangi haruman terkemuka dunia. Ia merupakan pati haruman semata-mata tanpa sebarang campuran unsur-unsur lain seperti pelarut, minyak putih mahupun alkhohol dan sebagainya. Ia dijual dalam dua saiz iaitu 5 cc dan 8 cc.


Adakah pati haruman ini halal di bawa sembahyang?

Ya, pati haruman Perfume For All ini halal di bawa sembahyang kerana ia tidak mempunyai sebarang unsur yang mejadikannya tidak halal.

Adakah bau pati haruman ini sama seperti bau wangian berjenama terkemuka di kaunter? Adakah ia original?

Pihak Perfume For All dapat memberi jaminan 90% yang bau pati haruman kami sama seperti di kaunter jualan. Kami mempunyai banyak dari pelanggan yang berpuas hati dengan kualiti produk kami. Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada kesesuaian bau tersebut terhadap bau badan pelangan. Ia adalah sesuatu yang subjektif. Seperti contoh, mungkin pati haruman jenama Miracle wangi di tubuh badan A tetapi tidak wangi di tubuh badan B. Kami tidak mengklasifikasikan pati haruman kami sebagai "Original" kerana pembungkusan dan pembotolannya berbeza dari apa yang anda lihat di kaunter. Kami menjanjikan bau haruman yang "original" dan berkekalan kepada pelanggan kami.


Mengapa Perfume For All menggunakan gambar botol seperti yang terdapat di kaunter di dalam laman web dan katalognya? Bukankah ini akan mengelirukan pelanggan?

Tujuan Perfume For All menggunakan gambar botol seperti yang asal di dalam laman web dan katalog kami adalah semata-mata untuk memudahkan pelanggan kami mengingatkan bau sebenar pati haruman yang mereka inginkan. Kebanyakan pelanggan tidak mengingati nama dan jenama pewangi mereka dan hanya berpandukan kepada bentuk botol wangian itu semata-mata. Kami mempunyai beratus-ratus jenama pati haruman dan dengan bantuan gambar botol-botol sebenar ini, ia dapat memudahkan pelanggan kami membuat pilihan. Walaubagaimanapun, kami telah memberikan penerangan yang jelas di dalam laman web dan juga katalog kami tentang pati haruman Perfume For All ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. (rujuk Bahagian "PENAFIAN" di laman web ini)


Bagaimana caranya saya harus memakai pati haruman Perfume For All ini?

Anda hanya perlu menitikkan sebanyak 2/3 titik pati haruman ini di bahagian nadi anda seperti di pergelangan tangan, di bahagian lengan, belakang telinga dan juga di pangkal dada (jika mahu). Selepas itu, gosokkan kedua-dua pergelangan tangan agar ia meresap. Harus diingatkan bahawa pati haruman ini tidak mempunyai alkhohol, jadi ia tidak akan meruap sendiri seperti pewangi yang mempunyai alkhohol. Jika anda tidak menggosokkannya, anda harus menunggu agak lama untuk pati ini meresap perlahan-lahan, jadi lebih baik anda menggosokkannya. Anda hanya perlu menyapukan pati ini seadanya, tidak perlu berlebihan kerana ia adalah pekatan dan pati haruman, jadi harumannya memang berbau wangi, lebih-lebih lagi jika anda bekerja di tempat yang berhawa dingin. Walaubagaimanapun, ianya terpulang kepada anda. Jika anda seorang yang aktif dan kuat berpeluh serta mengalami masalah bau badan, mungkin anda perlu menyapunya lebih sedikit.

Mengapa terdapat pelbagai warna dalam pati haruman Perfume For All?

Memang terdapat pelbagai warna dari yang gelap hinggalah yang cerah dan tidak kelihatan warnanya (transparent) untuk pati Perfume For All. Warna ini menunjukkan kepekatan bau haruman tersebut sama ada bau yang keras atau lembut. Seperti contoh, pati haruman Obsession & Spellbound Estee Lauder merupakan salah satu haruman yang baunya keras manakala Elements For Men & Miracle For Women adalah pati haruman yang lembut baunya.


Mengapa terdapat sesetengah pati haruman Perfume For All yang baunya keras dan tidak wangi apabila dibau atau disapu pertama kali dan ada pula haruman yang terus berbau wangi apabila di bau pertama kali?

Seperti yang dikatakan di atas, terdapat pati haruman yang sememangnya berbau keras dan lembut. Ini boleh dilihat dengan melihat kepekatan warna pati tersebut. Semakin ia berwarna gelap (coklat gelap atau kuning gelap), ia menunjukkan yang pati haruman itu keras baunya. Keras bukan bermaksud tidak wangi malah kebanyakkannya lebih wangi dari pati haruman yang berkepekatan rendah selepas beberapa ketika, cuma di awal pemakaian sahaja ia berbau tidak wangi. Ini kerana ia adalah semata-mata pekatan dan tiada campuran unsur lain. Sekiranya pati haruman yang anda pilih adalah dari jenis ini, jangan risau. Sapukan seperti biasa mengikut kaedah yang diterangkan di atas dan biarkan beberapa ketika. Anda akan dapati setelah pati haruman ini sebati dengan perjalanan darah anda, bau sebenarnya akan naik. Keharuman pati ini yang sebenar akan dapat anda rasai. Antara pati haruman jenis ini adalah seperti Obsession, Drakkar, Eternity Women, Bvlgari Women, Knowing Women, Spellbound Women, Dolce Vita, Lou Lou, Allure, Paris & White Linen Breeze.


Bagaimana untuk membezakan antara pati haruman yang telah dicampurkan dengan unsur-unsur lain dan dan pati haruman yang asli tanpa campuran sebarang unsur lain?


Secara zahirnya, agak sukar untuk anda bezakan pati haruman yang telah dicampur dengan unsur lain dan pati haruman yang asli tanpa sebarang campuran. Hanya apabila anda memakainya, barulah anda tahu bahawa ia telah dicampurkan dengan unsur-unsur lain kerana baunya tidak tahan lama dan ada yang berubah menjadi tengik @ busuk. Walaupun begitu, ada beberapa haruman yang boleh dikenalpasti bahawa ia telah bercampur dengan melihat keladak di bahagian bawah botol. Ini terjadi kerana tidak semua pati haruman boleh bercampur dengan unsur-unsur lain (seperti minyak putih). Walaubagaimana pun, tidak semua pati haruman akan berkeladak, maka hanya apabila anda memakainya, barulah anda akan mengetahui bahawa ia sebenarnya adalah pati haruman yang telah dicampurkan (dengan melihat perubahan-perubahan seperti bau berubah dan tidak tahan lama).

Apa itu minyak putih?

Minyak putih adalah sejenis minyak yang tidak bewarna (transparent) dan tidak mempunyai bau. Ia dicampurkan ke dalam pati haruman untuk mencairkan dan melarutkan pati haruman (diluted).

Berapa jenis pati haruman yang ada dalam koleksi Perfume For All?

Kami mempunyai ratusan pati haruman berjenama terkemuka dalam koleksi kami dan ia akan bertambah dari semasa. Sila rujuk senarai penuh koleksi pati haruman Perfume For All DI SINI. Anda juga boleh melayari laman web kami untuk mendapatkan info-info terkini tentang pati haruman Perfume for All.

Pati Haruman Untuk Remaja dan Kanak-kanak..

PFA melangkah setapak ke hadapan dengan memperkenalkan pati haruman untuk kanak-kanak & remaja!Buat permulaan, pihak kami memperkenalkan 3 wangian yang disukai iaitu: Baby Powder (K), Cotton Candy(K) dan Bubble Gum (K) Sekiranya sambutan terhadap wangian ini menggalakkan, pihak kami sudah tentu akan memperkenalkan beberapa lagi wangian terkini dalam koleksi kanak-kanak ini.Pihak kami juga mengalu-alukan cadangan dari semua pihak yang melayari laman web PFA ini untuk memberikan idea dan pandangan mengenai wangian yang disukai atau yang di inginkan. Sekiranya banyak permintaan terhadap wangian-wangian ini, pihak PFA akan sedaya upaya memenuhi permintaan anda semua. Apa lagi? Cubalah wangian terkini dari PFA dan anda pasti sukakannya!!

Baby Powder (K)

Baby Powder (K)
Harga: RM28.00
Baby Powder is a lovely delicate scent which is familar to many!! Our Baby Powder perfume smells like the real thing. This very clean fragrance will have you looking for the freshly bathed newborn. One of our most popular fragrances.




Cotton Candy (K)

Cotton Candy (K)
Harga: RM28.00
A blend of fresh strawberry and french vanilla. Smell your yummiest! Our Cotton Candy is a wonderful blend of spun sugar and creamy vanilla combined with notes of tender strawberries, lush raspberries and clean musk. Surrender to your sweet tooth with this playful, flirty fragrance cotton candy!




Bubble Gum (K)

Bubble Gum (K)
Harga: RM28.00
Great for a child - smells like sweet bubblegum. This fragrance contains the improbable alliance of two antagonistic smells; sacred incense and mischievous bubble gum. It is a candy-like perfume that flirts with mystical inspiration. As provocative as a star who chews bubble gum in a church, who plays with crucifixes and yet bows low before the alter.

Haruman terkini

Haruman terkini bagi bulan NOVEMBER 09

Fleu Du Male (M) by Jean Paul Gualtier

Fleu Du Male (M) by Jean Paul Gualtier
RM 28.00 - 5cc dan RM 37.00-8cc
Freshness. Poetry. Smiles. Fleur du Male cologne by Jean Paul Gaultier is 100 percent masculine style. Fleur du Male cologne is the newest scent from Jean Paul Gaultier and it blends orange blossom and coumarin for an innocent and sensual scent that is full of contrasts. It's a fragrance that is fresh and smiling; poetic and endearing; sensual and gourmand - 100 percent Gaultier. Notes include Orange Blossom, Petitgrain Leaf, Coumarin, Fern Accord.

Dunhill London (M) by Alfred dunhill

Dunhill London (M) by Alfred dunhill
harga RM 28.00-5cc RM 37.00-8cc
This is a scent for any gentleman that embraces his surroundings, exudes his personality, and embodies the city in which he lives. Notes include Lemon, Geranium, Orris, White Cedarwood, Sandalwood, Tonka Bean, Moss, and Musk.

Daisy (W) by march jacob

Daisy (W) by march jacob
Harga RM 28.00-5cc RM 37.00-8cc
Enter the world of Daisy perfume by Marc Jacobs: fresh and feminine, with a playful innocence. At the heart of Daisy perfume is a floral with vintage edge: violet. Sophisticated, with a touch of whimsy, violet captures the eclectic, vintage flavor of Marc Jacobs feminine, edgy designs. Always elegant, always enchanting - but not too serious - Daisy is a sparkling floral bouquet, spirited and fresh, wrapped in comfort and warmth. Daisy perfume has notes of Strawberry, Violet Leaves, Ruby Red Grapefruit, Gardenia, Violet Petals, Jasmine Petals, Musk, Vanilla, White Woods. Bright. Alluring. Eternal.

Pure Poison (W) by christian dior

Pure Poison (W) by christian dior
harga RM 28.00-5cc RM 37.00-8cc
A fragrance for a new generation of seductress, Pure Poison by Christian Dior is a modern floral based on a white flower bouquet, infused with fresh amber. A radiant scent, it emits both purity and seduction with a first impression of soft flowers and the lingering allure of woody-amber and sexy musks.

Midnight Fantasy (W) by Britney spears

Midnight Fantasy (W) by Britney spears
Harga RM 28.00-5cc RM 37.00 8cc
Midnight Fantasy Perfume by Britney Spears was introduced by Britney Spears in 2007. Fantasy Midnight Fantasy Perfume is recommended for evening wear. Midnight Fantasy takes you on a magical journey from day to night An intoxicating elixir of luscious fruits invites you into a mysterious realm of temptation and intrigue. A seductive floral bouquet mingles with sensuous musks and dark amber to create an unforgettable midnight fantasy. What happens to you when the clock strikes twelve? Midnight Fantasy is classified as a citrus, fruity fragrance and possesses a blend of black cherry, framboise, and plum as top notes and night blooming orchid, iris, and freesia middle notes and amber, musk, and vanilla as base notes

Eden (W) by Chacarel

Eden (W) by Chacarel
Harga RM 28.00-5cc RM37.00-8cc
Eden was created by Cacharel in 1994 and is recommended for office wear. This feminine scent possesses a blend of spicy, oriental, and floral notes.

Deseo (W) by Jennifer lopez

Deseo (W) by Jennifer lopez
Harga RM 27.00-5cc RM37.00-8cc
Electrifying, earthy and feminine. Inspired by a midnight walk in Jennifers flower garden just before a thunderstorm. Notes of watery bamboo leaves, garden yuzu, Sicilian bergamot, freesia, star jasmine, pink geranium flower, orange blossom, french mimosa, warm amber, oak moss, sensual musks, creamy sandalwood, cedarwood, patchouli, and mineral accord.

Romantic Wish (W) by victoria secret

Romantic Wish (W) by victoria secret
Harga RM 27.00-5cc RM 37.00-8cc
A delightfully delicate marriage of fresh pomegranate, freesia & peony.